◉ HEADLINES

Pertahanan Awam Arab Saudi bertindak susulan serpihan peluru berpandu jatuh di Makkah

Kedua-dua peluru berpandu itu dipintas dan dimusnahkan, dengan sebahagian serpihannya jatuh di Kampung Sabuhah

11:19 AM MYT

 

RIYADH – Pertahanan Awam Arab Saudi pada Rabu mengambil tindakan selepas serpihan daripada dua peluru berpandu balistik yang dilancarkan oleh kumpulan Houthi ke arah wilayah Makkah jatuh di kawasan berkenaan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA) yang memetik Direktorat Am Pertahanan Awam.

Kedua-dua peluru berpandu itu dipintas dan dimusnahkan, dengan sebahagian serpihannya jatuh di Kampung Sabuhah.

Direktorat itu menegaskan bahawa serangan terhadap objek awam merupakan pelanggaran terang-terangan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, selain menekankan bahaya yang ditimbulkan oleh pendekatan bermusuhan kumpulan Houthi.

Menurut direktorat itu, pihak berkuasa berkaitan bertindak segera dengan melaksanakan prosedur yang ditetapkan serta mengambil langkah yang perlu bagi melindungi nyawa dan harta benda. – 12 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

F1 is more than racing: Why Malaysia must bring the sport back to Sepang – Zainul Arifin

Petronas’ global branding success shows how Formula 1 can deliver international exposure, strengthen corporate brands and generate economic benefits, making a compelling case for Malaysia to revive the sport at Sepang

◉ Related