◉ HEADLINES

Bukan serangan siber: NACSA sahkan gangguan Microsoft 365 berpunca isu teknikal

Agensi Keselamatan Siber Negara mengesahkan masalah capaian membabitkan aplikasi utama seperti Outlook dan Teams berpunca daripada isu infrastruktur, namun mengarahkan semua entiti kritikal negara meningkatkan pemantauan

2:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gangguan perkhidmatan Microsoft 365 yang melumpuhkan capaian pengguna di seluruh dunia termasuk Malaysia disahkan berpunca daripada masalah teknikal dan bukannya serangan siber.

Perkara itu disahkan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) hari ini bagi meredakan kebimbangan berhubung potensi ancaman pencerobohan digital terhadap sistem organisasi tempatan.

Menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya, NACSA memaklumkan gangguan berkenaan menjejaskan beberapa aplikasi utama, merangkumi Outlook, Teams, SharePoint, Microsoft 365 Copilot serta Defender XDR.

“Berdasarkan maklumat semasa, gangguan ini lebih cenderung berpunca daripada isu teknikal atau infrastruktur dan bukan serangan siber,” menurut agensi itu.

Susulan insiden tersebut, Pusat Penyelarasan dan Kawalan Siber Negara (NC4) di bawah NACSA mengarahkan semua agensi kerajaan dan entiti Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII) segera menyemak status perkhidmatan masing-masing yang terjejas.

Agensi itu turut mengingatkan semua pihak berkaitan supaya memastikan pemantauan keselamatan siber tidak terjejas sepanjang tempoh gangguan, selain sentiasa memantau perkembangan terkini daripada pihak Microsoft.

Dalam pada itu, NACSA menggesa mana-mana organisasi yang berdepan gangguan operasi akibat masalah berkenaan supaya membuat laporan segera melalui saluran pelaporan sedia ada. – 13 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

AI-powered political operation allegedly targeted all 222 parliamentary seats, MCMC launches probe

Anthropic report claims fake X accounts and voter data were used to influence Malaysian audiences

Jangan sampai tahap ekstrem’: Azalina bidas label ‘dajal’ Hadi Awang terhadap CSA

Menteri Undang-Undang tegur Presiden PAS jaga adab berpolitik susulan kecaman keras terhadap pemeteraian pakatan kestabilan dan pembaharuan institusi Kerajaan Madani bersama blok pembangkang

◉ Related