◉ HEADLINES

Anna Jobling padam semua gambar Meerqeen di Instagram, peminat ‘Meerna’ mulai panik

Tiada lagi wajah tampan Meerqeen di Instagram Anna Jobling sekali gus menimbulkan spekulasi hubungan mereka sedang dingin 

12:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Anna Jobling dilihat telah memadam semua gambar Meerqeen dari akaun Instagram miliknya.

Menerusi tinjauan Scoop di Instagram pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu, tiada lagi wajah tampan Meerqeen dalam Instagram Anna.

Sebelum ini Anna pernah berkongsi gambar-gambar mesra mereka bersama terutama sewaktu mempromosikan drama lakonan mereka iaitu Melur Untuk Firdaus 1 dan 2.

Mereka juga sering digosipkan menjalin hubungan cinta, namun masing-masing tidak pernah memberikan jawapan yang konkrit tentang hubungan tersebut. 

Anna Jobling dan Meerqeen pernah berlakon bersama dalam Melur Untuk Firdaus 1 dan 2. – Gambar media sosial, 7 September, 2023

Baru-baru ini juga timbul gosip kurang enak yang mengaitkan Meerqeen dengan aktres yang tak jadi kahwin di saat akhir iaitu Mimi Lana. 

Meerqeen dan Mimi sama-sama terlibat dengan drama bersiri terbaru yang masih menjalani penggambaran. 

Sementara itu di ruangan komen gambar Anna, ramai peminat sudah mula bertanya tentang apa sebenarnya yang terjadi antara dia dan Meerqeen. Rata-rata peminat ‘Meerna’ sudah mulai panik jika ada sesuatu yang buruk sedang berlaku.

Kemaskini status terbaru Anna di aplikasi X juga menimbulkan tanda tanya dan menjadi spekulasi. ‘Puzzle completed‘ tulisnya dalam status terbaru di aplikasi X. 

Status terbaharu Anna Jobling dalam Twitter mengundang persoalan mengenai hubungan dengan Meerqeen.

Terdahulu tular di media sosial apabila sebuah portal melaporkan dua pelakon popular kantoi bercumbu di dalam sebuah kelab malam sewaktu malam hari Merdeka.

Netizen mula memetik nama Meerqeen dan Mimi Lana berdasarkan ciri-ciri yang dilaporkan tentang dua aktor itu. – 7 September, 2023 

Topics

 

◉ Popular

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Controversial KLIA video: Shuhaily says he is ready to ‘pay with myself’

AKPS chief says the government and Home Ministry have been informed of the incident

◉ Related