◉ HEADLINES

Hantaran Taylor Swift di Instagram pecah rekod pendaftaran undi

Penyanyi itu menyertai Hari Pendaftaran Pengundi Kebangsaan pada Selasa dengan menggesa peminatnya memastikan mereka layak mengundi pada pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2024

12:19 PM MYT

 

NEW YORK – Hantaran Taylor Swift di Instagram memecahkan rekod pendaftaran pengundi baharu dengan seramai 35,252 mendaftar pada Selasa, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik Vote.org.

Penyanyi “Only the Young” itu menyertai Hari Pendaftaran Pengundi Kebangsaan pada Selasa dengan menggesa peminatnya memastikan mereka layak mengundi pada pilihan raya presiden 2024.

“Saya pernah mendengar anda menyuarakan pendapat anda, dan saya tahu betapa hebatnya suara anda,” tulis Swift yang turut berkongsi pautan ke platform pendaftaran pengundi bukan membuat untung. “Pastikan anda bersedia untuk menggunakannya dalam pilihan raya tahun ini!”

Pada hari yang sama, pengarah komunikasi Vote.org Nick Morrow melaporkan mengenai impak besar hantaran Swift itu.

“Fakta menarik: Selepas @taylorswift13 menulis di Instagram hari ini menggesa pengikutnya mendaftar untuk mengundi di @votedotorg, laman sesawang kami menerima purata 13,000 pengguna setiap 30 minit. 13!” katanya di media sosial. “Reputasinya sebagai dalang sangat berjaya!”

Tiga belas adalah nombor bertuah Swift.

Sejumlah 157,041 pengguna melawat Vote.org pada Selasa, lapor akhbar itu yang dipetik oleh Billboard.

“Pada Selasa, kami menyaksikan lonjakan 1,226 peratus penyertaan dalam sejam selepas Taylor Swift bersiaran,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Vote.org Andrea Hailey dalam satu kenyataan.

Walaupun Swift tidak memberitahu peminatnya siapa yang harus diundi dalam siaran Instagramnya, beliau sebelum ini menyatakan sokongannya kepada Joe Biden dan meluahkan rasa tidak senang terhadap calon penyandang Republikan Donald Trump, yang sekali lagi bersedia untuk mencabar presiden tahun depan. – 23 September, 2023

Topics

 

◉ Popular

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

As horror stories unfold, Malaysia leads Asean crackdown on Myanmar job scams

Victims report being electrocuted, beaten up, tortured, and barely compensated after they were tricked into what former Thai PM calls a syndicate for ‘dirty money’ to finance conflict

Do-or-die mission for Sarjit: Speedy Tigers must secure six points to keep World Cup dreams alive

Malaysia must claim maximum points from their opening two matches in Cairo to keep their 2026 World Cup hopes alive, says national hockey head coach Sarjit Singh

◉ Related