◉ HEADLINES

Khai Bahar bakal berdangdut di konsert solonya yang akan berlangsung di DFP November depan

Menurut Khai Bahar, ini kali pertama dia akan menyanyikan lagu dangdut secara langsung di hadapan penonton selain menyampai beberapa lagi genre lagu termasuklah tradisional dan EDM

6:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular, Khai Bahar akan menyampaikan lagu dangdut buat pertama kali pada konsert solonya yang akan berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 11 November depan.

Selain dangdut, Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharudin, 29, akan turut menyampaikan lagu dari pelbagai genre seperti tradisional dan EDM.

“Kali ini saya cuba buat kelainan dalam konsert saya di mana kita akan mencuba pelbagai genre lagu termasuklah lagu-lagu saya sendiri dan juga lagu ‘cover’.

“Konsert ini nanti akan dibahagikan kepada beberapa segmen mengikut genre muzik, dan akan ada elemen kejutan di pengakhiran,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media konsert solo Khai Bahar di DFP.

Ditanya kenapa dia ingin menyanyi pelbagai genre lagu termasuklah dangdut dan tradisional untuk konsert kali ini, kata Khai dia mahu membawa nostalgia ketika menyanyikan lagu-lagu ‘cover’ di YouTube ke atas pentas DFP.

Khai berkata peluang mengadakan konsert solo di DFP merupakan antara perkara terbaik yang pernah berlaku dalam kerjaya nyanyiannya. – Gambar Scoop/Helmi Anuar, 27 September, 2023

“Sebelum ini ramai peminat sudah lihat saya ‘cover’ macam-macam lagu di YouTube. Kali ini saya ingin persembahkan di atas pentas pula kerana saya diberi peluang untuk lakukan apa yang nak.

“Saya teruja untuk menyanyikan lagu dangdut kerana belum pernah menyampaikan genre berkenaan di mana-mana. Kita akan menari beramai-ramai pada malam tersebut,” katanya yang akan menyampai lebih daripada 15 lagu dengan iriingan band muzik pada malam tersebut.

Mendapat tawaran sejak hujung tahun lalu lagi, Khai berkata peluang mengadakan konsert solo di DFP merupakan antara perkara terbaik yang pernah berlaku dalam kerjaya nyanyiannya.

“Saya rasa menjadi impian setiap penyanyi di Malaysia untuk membuat persembahan di DFP. Namun tak semua yang berpeluang untuk dapat tawaran membuat persembahan di sini.

“Konsert ini adalah ‘benchmark’ dalam kerjaya saya. Satu lagi pencapaian dalam portfolio seni saya. Saya anggap ini adalah kenangan terindah sepanjang karier saya”, ujarnya.

Bagi peminat yang ingin mendapatkan tiket untuk menonton konsert ini boleh dapatkan di laman sesawang www.dfp.com.my. Atau boleh juga ke kaunter tiket. Harga tiket bermula dari RM189, RM239, RM319 dan RM399 (Meet & Greet). Harga untuk suite pula bermula dari RM189/RM239 seorang. – 27 September 2023.

Topics

 

◉ Popular

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

F1 is more than racing: Why Malaysia must bring the sport back to Sepang – Zainul Arifin

Petronas’ global branding success shows how Formula 1 can deliver international exposure, strengthen corporate brands and generate economic benefits, making a compelling case for Malaysia to revive the sport at Sepang

◉ Related