◉ HEADLINES

‘Ia adalah sebahagian daripada takdir saya’, jawab Jungkook selepas alamat rumahnya tersebar meluas di internet

Dia memaklumkan perkara itu pada sesi perbualan live bersama peminat yang diadakan bagi memperkatakan mengenai kemunculan album solonya yang bakal dilancarkan November ini

7:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Anggota BTS, Jungkook yang kini beralih kepada kerjaya nyanyian solo memaklumkan, dia tidak boleh berbuat apa-apa apabila alamat rumahnya diketahui umum selepas ia tersebar meluas di internet.

“Ia adalah sebahagian daripada takdir saya,” katanya sewaktu mengadakan sesi perbualan secara langsung (live) bersama peminatnya, baru-baru ini.

Sesi live itu diadakan bagi berkongsi mengenai kemunculan album solonya, Golden, yang bakal dilancarkan pada November ini.

Kata Jungkook, ketika ini, dia sedang gigih berlatih kerana lagu utama itu juga termasuk dengan persembahan.

“Saya mahu anda dapat menyaksikannya dengan secepat mungkin. Saya benar-benar bekerja keras,” katanya.

Seorang peminat kemudian memberikan komen, “Saya mahu minum bersama kamu.”

Melihat komen peminat tersebut, Jungkook menjawab, “Awak mahu minum dengan saya? Perlukah saya memberitahu alamat rumah saya?”

“Bukankah semua orang sudah tahu rumah saya? Ia sudah boleh diketahui. Anda hanya pergi ke YouTube dan alamat rumah saya akan muncul,” katanya.

Terdahulu, beberapa hari lalu, sebuah rakaman video memaparkan aksi mesra Jungkook bersama seorang wanita yang dikatakan teman wanitanya, tersebar di pelbagai platform media sosial, termasuk YouTube.

Dalam rakaman berkenaan, ia memaparkan seorang jejaka iras wajah penyanyi lagu Seven itu, memeluk mesra seorang wanita dari belakang sambil berjalan di dalam sebuah apartmen dipercayai di Brunnen Cheongdam, iaitu kediaman penyanyi berusia 26 tahun terbabit.

Peminat turut membandingkan perabot yang ada di dalam rakaman video itu dengan video live yang pernah Jungkook hasilkan di rumahnya sebelum ini.

Ia ternyata sama!

Pun begitu, di dalam live bersama peminatnya itu, Jungkook langsung tidak menyentuh mengenai rakaman video tular bersama wanita terbabit.

Sebaliknya, Jungkook hanya mengatakan dia tidak peduli apabila alamat rumahnya itu tersebar luas.

“Saya tidak peduli. Itu sudah sebahagian daripada takdir saya dan saya hanya akan fokus masa depan saya bersama ARMY.

“Saya tidak mampu untuk memberikan perhatian kepada hal kecil. Tetapi, anda tidak seharusnya datang mencari saya,” katanya. – 8 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Popular

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Controversial KLIA video: Shuhaily says he is ready to ‘pay with myself’

AKPS chief says the government and Home Ministry have been informed of the incident

“Sampaikan, jangan diam”: Veteran PKR desak kerajaan Anwar ‘jual’ kejayaan agenda reformasi

Dua tokoh veteran PKR, Tian Chua dan Tan Sri Dr Xavier Jayakumar mengingatkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak membisu mengenai kejayaan agenda reformasi, sekali gus menghentikan naratif negatif yang mendakwa tiada sebarang perubahan berlaku

◉ Related