◉ HEADLINES

Penyanyi rap terkenal Korea, SIK-K sukarela serah diri pada polis kerana dadah

Bagaimanapun Sik-K yang mempunyai syarikat sendiri KC The Company, tidak berhenti daripada bidang nyanyian susulan insiden itu

3:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Akhirnya identiti penyanyi rap Korea Selatan yang menyerah diri kepada polis pada Januari lalu berhubung penggunaan dadah terbongkar hari ini.

Dia adalah Sik-K atau nama sebenar Kwon Min-sik, 30, iaitu rapper yang pernah bekerjasama dengan artis K-pop terkenal antaranya B.I., pH-1, Epik High dan Jay Park.

Ketika datang menyerah diri pada Januari lalu, dia dilaporkan bercakap ‘merapu’ malah kesan methamphetamine masih berada dalam sistem badannya, lapor media Korea Selatan.

Bagaimanapun peguam Sik-K yang mengulas mengenai isu tersebut berkata, penyanyi rap itu menyerah diri selepas didiscaj dari hospital.

“Dia tidak berada dalam pengaruh dadah ketika itu dan bercakap merapu kerana tidak boleh tidur,’’ katanya.

Pada 18 April lalu, Balai Polis Yongsan memindahkan kes Sik-K ke Pejabat Pendakwa Raya tanpa ditahan atas tuduhan melanggar Akta Kawalan Narkotik.

Bagaimanapun Sik-K yang mempunyai syarikat sendiri KC The Company, tidak berhenti daripada bidang nyanyian susulan insiden itu malah pada 21 Februari lalu, dia memberi bayangan mengenai album mini baharu berjudul 3=1.

Selain itu, jadualnya masih padat dan dijadual mengadakan persembahan di Festival Hiphopplaya pada 4 Mei ini. – 29 April, 2024

Topics

 

◉ Popular

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Controversial KLIA video: Shuhaily says he is ready to ‘pay with myself’

AKPS chief says the government and Home Ministry have been informed of the incident

◉ Related