◉ HEADLINES

Isu Putri Ariani didakwa tidak profesional, penganjur konsert Walkerworld Tour 2024 tampil mohon maaf

Penganjur konsert Walkerworld Tour 2024, Megatix menyatakan kesal dengan apa yang berlaku dan percaya terdapat salah faham yang menyebabkan tercetusnya situasi tersebut

8:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pihak pengurusan acara, Megatix tampil membuat permohonan maaf berhubung isu melibatkan penyanyi Indonesia, Putri Ariani yang didakwa tidak profesional kepada pihak media tempatan sewaktu sidang media konsert Walkerworld Tour 2024 baru-baru ini.

Megatix selaku penganjur konsert antarabangsa tersebut memaklumkan, pihaknya kesal dengan apa yang berlaku dan percaya terdapat salah faham yang menyebabkan tercetusnya situasi tersebut.

“Kami ingin menjelaskan bahawa Putri Ariani, penyanyi berbakat dari Indonesia dan bintang program realiti American’s Got Talent (AGT), tidak pernah berniat untuk menunjukkan sikap tidak profesional.

“Putri Ariani sangat menghormati pihak media dan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam setiap sesi temu bual,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Megatix, selaku pihak pengurus acara bagi konsert Walkerworld Tour 2024, mereka ingin menyampaikan permohonan maaf setulus hati kepada semua pihak media atas sebarang kekeliruan atau ketidakselesaan yang berlaku pada sesi sidang media tersebut.

“Kami amat menghargai sokongan dan kerjasama rakan-rakan media dalam mempromosikan acara ini,” katanya.

Sehubungan itu Megatix menyatakan, bagi memperbaiki keadaan dan memastikan hubungan baik antara kedua-dua pihak, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan media, esok.

“Sesi pertemuan ini diadakan dengan tujuan untuk memberikan peluang kepada semua pihak bagi mendapatkan penjelasan lanjut dalam suasana yang lebih mesra dan santai.

“Sekali lagi, kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku dan sangat berterima kasih atas sokongan berterusan anda,” katanya.


WalkerworldTour 2024 yang merupakan konsert jelajah Alan Waker bakal diadakan di Surf Beach Sunway Lagoon pada 22 Jun ini.

Pada konsert ini, Alan Walker yang merupakan dj serta produser muzik EDM kelahiran Norway bakal diiringi dengan persembahan artis jemputan seperti Putri Ariani, Robin Packalen dan Sofiloud.

Terdahulu Putri Ariani didakwa bersikap tidak profesional terhadap pihak media tempatan apabila membiarkan mereka menunggu selama dua jam bagi menyambung sesi wawancaranya selepas sidang media konsert itu berakhir.

Pihak media juga melaporkan mereka hanya berpeluang melontarkan tiga soalan yang  dijawab secara ringkas oleh Putri Ariani pada sidang media tersebut, menyebabkan permintaan dibuat kepada penganjur untuk sesi temubual bersama penyanyi itu  dapat  dilakukan semula. – 31 Mei, 2024

Gambar: Putri Ariani IG
Caption: Susulan isu melibatkan penyanyi dari Indonesia, Putri Ariani yang didakwa tidak profesional kepada pihak media tempatan sewaktu menjayakan sidang media konsert Walkerworld Tour 2024 baru-baru ini, pihak penganjur, Megatix tampil memohon maaf dan percaya terdapat salah faham menyebabkan situasi itu berlaku.

Topics

 

◉ Popular

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Controversial KLIA video: Shuhaily says he is ready to ‘pay with myself’

AKPS chief says the government and Home Ministry have been informed of the incident

“Sampaikan, jangan diam”: Veteran PKR desak kerajaan Anwar ‘jual’ kejayaan agenda reformasi

Dua tokoh veteran PKR, Tian Chua dan Tan Sri Dr Xavier Jayakumar mengingatkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak membisu mengenai kejayaan agenda reformasi, sekali gus menghentikan naratif negatif yang mendakwa tiada sebarang perubahan berlaku

◉ Related