Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyifatkan dakwaan wang royalti Kelantan dan Terengganu tidak sampai ke negeri berkenaan kerana diambil Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dimasukkan ke akaun parti itu, sebagai tuduhan amat jijik.
Dua tokoh veteran PKR, Tian Chua dan Tan Sri Dr Xavier Jayakumar mengingatkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak membisu mengenai kejayaan agenda reformasi, sekali gus menghentikan naratif negatif yang mendakwa tiada sebarang perubahan berlaku