Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan tampil di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda malam tadi bagi memperjuangkan hak rakyat Palestin yang ditindas Israel melalui hujah berdasarkan norma perundangan antarabangsa dan hak asasi manusia.