Walaupun Lembaga Pengampunan belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Razak, isu tersebut dikhuatiri menjadi modal pembangkang untuk menghentam kerajaan terutama dalam aspek tatakelola.
Dua tokoh veteran PKR, Tian Chua dan Tan Sri Dr Xavier Jayakumar mengingatkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak membisu mengenai kejayaan agenda reformasi, sekali gus menghentikan naratif negatif yang mendakwa tiada sebarang perubahan berlaku