Tengku Permaisuri Selangor bertitah mana-mana pihak yang didapati melakukan kekejaman terhadap haiwan hendaklah disiasat secara menyeluruh dan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya, termasuk sekiranya perlakuan tersebut dilakukan oleh anggota atau pegawai pihak berkuasa sendiri
Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa dukacita berkenaan perkembangan operasi penangkapan anjing berkeliaran khususnya di Selangor.