◉ HEADLINES

Keputusan rayuan kes rasuah Isa Samad 6 Mac

Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta

2:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Rayuan menetapkan 6 Mac untuk keputusan rayuan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad terhadap sabitan, hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta bagi kesalahan rasuah.

Peguam Siti Sarah Khalil yang mewakili Mohd Isa berkata, tarikh itu ditetapkan Penolong Kanan Pendaftar (PKP) Mahkamah Rayuan, Huda Humaira Idris semasa pengurusan kes secara sidang video menerusi aplikasi Zoom hari ini.

“Keputusan rayuan (Mohd Isa) pada 31 Januari ini telah dilapangkan oleh mahkamah dan tarikh keputusan ditukar kepada 6 Mac.

“Saya juga dimaklumkan oleh PKP bahawa ada antara panel hakim bercuti sakit pada tarikh 31 Januari itu,” kata Siti Sarah ketika dihubungi.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz semasa dihubungi mengesahkan perkara itu.

Pada 14 Oktober tahun lepas, panel itu menangguhkan keputusannya selepas mendengar hujahan pembelaan dan pendakwaan.

Mohd Isa, 73, telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada 3 Februari 2021 terhadap sembilan pertuduhan rasuah membabitkan amaun RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh Felda.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No 11, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan menjadikan tempoh pemenjaraan keseluruhan 54 tahun dan denda RM15.45 juta, atau penjara 18 tahun jika gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun, beliau mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak dan ini bermakna Isa hanya perlu menjalani hukuman itu selama enam tahun.

Isa yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, memfailkan notis rayuan pada 4 Februari 2021.

Beliau dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1.5 juta dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan sehingga rayuan kes itu selesai. – 23 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Do-or-die mission for Sarjit: Speedy Tigers must secure six points to keep World Cup dreams alive

Malaysia must claim maximum points from their opening two matches in Cairo to keep their 2026 World Cup hopes alive, says national hockey head coach Sarjit Singh

History of ancient Kedah: nation-building should be based on facts, not racial polemics – Abdul Rahmat Omar

Academics should not spread false narratives, but instead present research grounded in verified evidence and reliable sources

PAS must win 60 seats in GE16: Tuan Ibrahim

From 18 federal seats in GE14 to 43 in GE15, party leaders aim for more but call for hard work to engage voters and improve public image

◉ Related