◉ HEADLINES

Kerajaan akan putuskan sama ada merayu pemulangan 40% hasil Sabah esok: PM

Satu mesyuarat Kabinet khas akan diadakan bagi membincangkan perkara tersebut esok

1:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan akan membuat keputusan esok sama ada akan memfailkan rayuan atau tidak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung hak 40% hasil Sabah, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, satu mesyuarat Kabinet khas akan diadakan bagi membincangkan perkara tersebut.

Jelasnya, kerajaan akan mendengar pandangan Peguam Negara sebagai penasihat undang-undang sebelum membuat keputusan sama ada akan memfailkan rayuan atau sebaliknya.

“Saya sudah panggil mesyuarat esok. Kita dengar dulu penjelasan Peguam Negara, hendak rayu atau tidak, tunggu esok. Bagi saya, kalau tidak rayu pun tidak mengapa.

“Tetapi keputusan muktamad dibuat selepas kita dengar dan bincang bersama semua ahli Jemaah Menteri,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah Malaysia Digital di Tawau, Sabah, hari ini.

Anwar berkata terdapat kekangan dan keterbatasan dalam isu berkenaan, namun berharap semua pihak memahami situasi berkenaan.

“Soalnya, mahkamah arah untuk runding. Saya kata baik, kita akan runding. Tetapi hari ini hendak runding dengan siapa? Kerana kerajaan sekarang hanyalah kerajaan sementara (caretaker government). Tunggu pilihan raya, selepas kerajaan baharu dibentuk, saya akan arahkan rundingan dimulakan segera,” katanya.

Isu mengenai tuntutan hasil Sabah itu merupakan faktor Datuk Ewon Benedick meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Ewon, yang merupakan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata, beliau berpegang kepada prinsipnya dan akan terus memperjuangkan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 dan hak-hak Sabah dalam Perlembagaan Persekutuan.

Malah, katanya, beliau berpendirian Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak seharusnya memfailkan rayuan berhubung isu hak 40% itu. – 10 November, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Do-or-die mission for Sarjit: Speedy Tigers must secure six points to keep World Cup dreams alive

Malaysia must claim maximum points from their opening two matches in Cairo to keep their 2026 World Cup hopes alive, says national hockey head coach Sarjit Singh

History of ancient Kedah: nation-building should be based on facts, not racial polemics – Abdul Rahmat Omar

Academics should not spread false narratives, but instead present research grounded in verified evidence and reliable sources

PAS must win 60 seats in GE16: Tuan Ibrahim

From 18 federal seats in GE14 to 43 in GE15, party leaders aim for more but call for hard work to engage voters and improve public image

◉ Related