◉ HEADLINES

Penahanan Siti Kasim dan anak guam tidak sah, Kerajaan diperintah bayar saman

Hakim berkata penahanan itu melanggar Perlembagaan dan kerajaan perlu membayar keseluruhan kos berjumlah RM274,375

4:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan penahanan peguam Siti Kasim dan anak guamnya, Anis Nur Izzaty Ruslan, pada Jun 2018 adalah tidak sah, sekali gus membuktikan polis telah menyalahgunakan kuasa.

Pesuruhjaya Kehakiman Arziah Apandi menegaskan serbuan ke kediaman Siti dilakukan tanpa asas undang-undang, malah dakwaan menculik dan menghalang penjawat awam tidak berlandaskan peruntukan perundangan.

“Beliau ditahan kira-kira 17 jam, melanggar hak kebebasan diri di bawah Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Mahkamah turut mendapati penahanan Anis antara 23 hingga 24 Jun 2018 tidak sah, dengan hakim menyifatkan tindakan polis sebagai “melulu dan tidak peduli terhadap kesahan undang-undang.”

Kerajaan diperintah membayar ganti rugi am RM120,625 kepada Siti dan RM53,750 kepada Anis, selain ganti rugi teladan RM100,000 serta kos RM50,000.

Kes berprofil tinggi itu melibatkan 30 defendan termasuk pegawai polis, susulan laporan ibu Anis yang mendakwa anaknya diculik.

Siti menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan beliau bertindak sebagai peguam, melindungi Anis daripada layanan kasar ibunya. – 19 Disember, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Songlap tuntutan HSP guna data pencarum, Perkeso jerat pengarah klinik di Lahad Datu

Penahanan suspek oleh SPRM susulan risikan dalaman Perkeso sejak 2023 yang membongkar penipuan penyedia perkhidmatan kesihatan swasta

Democrats seize control of Congress in crushing midterm blow to Trump

Voters turn against Republicans over rising living costs, Iran war and corruption concerns, setting the stage for two years of political gridlock

F1 is more than racing: Why Malaysia must bring the sport back to Sepang – Zainul Arifin

Petronas’ global branding success shows how Formula 1 can deliver international exposure, strengthen corporate brands and generate economic benefits, making a compelling case for Malaysia to revive the sport at Sepang

◉ Related