◉ HEADLINES

Negeri Sembilan jadi perintis pendidikan guna peranti sepenuhnya

Fadhlina Sidek berkata, ketika ini garis panduan membawa peranti atau telefon pintar ke sekolah sedang disediakan

12:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Negeri Sembilan menjadi negeri perintis menggunakan sepenuhnya peranti bagi tujuan pembelajaran di kelas, dalam usaha mengangkat Dasar Pendidikan Digital (DPN) negara.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ketika ini garis panduan membawa peranti atau telefon pintar ke sekolah sedang disediakan.

“Untuk membawa peranti ke sekolah, kita ada garis panduan dan sedang rintis di sebuah negeri yang akan gunakan sepenuhnya peranti bagi tujuan pembelajaran untuk mengangkat dasar pendigitalan.

“Negeri yang sedang melakukan rintis sepenuhnya itu adalah Negeri Sembilan dan Insya-Allah, sedikit masa lagi kita akan lihat bagaimana proses membawa peranti ini mengikut garis panduan dan seterus pendidikan guna digital ini digunakan di negeri-negeri lain,’’ katanya di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Mustafa Musa yang ingin tahu adakah Kementerian Pendidikan mengeluarkan peraturan bertulis mengenai peranti atau telefon pintar yang dibawa oleh pelajar bagi memudahkan pembelajaran.

Fadhlina berkata, dalam usaha melaksanakan Dasar Pendidikan Digital negara, adalah penting untuk memastikan peranti mencukupi di semua sekolah.

Dasar Pendidikan Digital (DPD) telah dilancarkan bulan lepas dalam usaha melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing membabitkan pendidik dan murid. – 5 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Ex-TH Properties deputy GM charged with CBT abetment

In yet another case uncovered from the Tabung Haji RCI, the accused is found to have colluded with another manager from a subsidiary and an agent to misappropriate funds related to a building project owned by the pilgrims’ fund.

Mahkamah benarkan rayuan Badan Peguam cabar DNAA Zahid

Panel tiga hakim memutuskan permohonan Badan Peguam bukan sesuatu yang remeh namun menimbulkan isu yang boleh dibicarakan yang wajar didengar pada peringkat substantif

Early start for Abang Bas in Putrajaya

When most Malaysians are getting some shut-eye before attending the National Day 2023 celebration at Dataran Putrajaya today, bus driver Mohammad Saudi Abd Sahiis is eagerly on the road to ferry passengers to the venue.

◉ Related